Secara keseluruhan, secara jujurnya semester pertama saya tidak berjalan begitu lancar dan indah. Permulaan setiap perkara agak berliku sehingga saya tertanya mengapa jadi begini? Kenapa sukar sangat untuk menyesuaikan dan bawa diri? Saya tanya pada diri sendiri dan pada seorang rakan yang saya percayai yang selalu bersama semasa degree dahulu. Apa yang dapat disimpulkan adalah mungkin semasa degree semuanya agak selesa (eceh dah lepas bolehlaa cakap selesa hahahhah).
Apapun, point nya adalah comfort zone.
0 Comments
Ada satu hari ni, dapat emel dari Pusat Siswazah UKM mengenai seminar penulisan kertas cadangan cemerlang. Memang menariklah untuk pelajar yang baru dan masih bertatih dalam dunia penyelidikan ni. Jadi apa lagi, terus isi borang untuk sertai. Tapi akhir borang tu ada pemakluman, katanya pelajar yang layak sahaja akan dihubungi. Risau dah masa ni taktahu layak tu berdasarkan apa. Tak lama lepas tu, Kak Fasihah rakan sebidang dan sekelas untuk subjek Teknologi Maklumat mesej tanya join tak program ni. Masa ni memang dah excited lah walaupun belum dapat confirmation layak join ke tak seminar tu, bayangan jumpa rakan yang selama ini nampak dari skrin, bayangan dapat jumpa kawan baru! Then, lepas beberapa hari penantian dapatlah confirmation! Hari dinanti pun tiba, seperti dibayangkan.. memang sangat sangat sangatlah rasa terisi sepanjang hari tersebut. Selain daripada input yang sangat bermanfaat daripada penceramah, Dr Salmy Edawati. Jumpa kawan baru dan dapat sesi curhat mengenai struggle yang masing-masing tengah lalu, agak melegakan. Alhamdulillah, hilang sedikit rasa keseorangan. Bawah ni sikit gambar pada hari kejadian, nasib baik ada gambar sendiri hahahah Ada rezeki Insya Allah jumpa lagi, coffee time or curhat!
Yey! Saya sudah jumpa kawan!
22 April 2022, kelas pertama untuk satu subjek yang telah saya daftar. Subjek Penulisan Akademik 1. Saya dapat sertai dan jumpa pautan kelas yang akan dijalankan di MyTeams daripada UKMFolio. Saya ada usaha "Personal Message" beberapa orang pelajar lain yang saya temui sebagai ahli kelas tersebut untuk bertanya lebih lanjut soal kelas tetapi tidak mendapat maklum balas, jadi saya pun berkeputusan untuk tunggu sehingga hari kelas dan bertanya pada masa itu. Jadi kerana terlalu teruja akan kelas pertama ini, saya telah pun bersedia di MyTeams sejam lebih awal. Semasa menunggu, saya terlihat komen seorang pelajar lain menyatakan bahawa beliau telah menunggu di dalam video atas talian selama sejam tetapi tiada orang. Kemudian saya pun ambil peluang itu untuk buat kawan dan membalas komen tersebut memberitahu kelas dijadualkan sejam lagi. Kemudian bagi mengisi masa sejam itu, kami berbual dan sempat berkenalan! Rupanya beliau adalah pelajar antarabangsa dan menetap di Indonesia. Dalam masa itu juga saya bertanya soal subjek dan group Whatsapp atau Telegram untuk saya sertai, jadi beliau kongsi pada saya beberapa pautan untuk sertai group tersebut. Antara group tersebut ada satu group Whatsapp keseluruhan pelajar semester ini. Semasa itulah saya terlihat nama salah seorang rakan lama saya semasa SPM di Unismart, Unisel Fast Track sebagai ahli kumpulan itu! Maka, bermulalah jejak kasih. Alhamdulillah Ala Kulli Hal, hari itu adalah antara hari yang menyenangkan untuk saya. Berjumpa kawan baru dan bertemu semula dengan rakan seperjuangan suatu ketika dahulu. Balik semula kepada rakan Indonesia tadi, sebelum mengakhiri perbualan kami bergurau senda untuk bertemu dan "Meet Up" sekiranya beliau direzekikan datang ke Malaysia selepas Adilifitri ini. Insya Allah, saya menantikan perjumpaan itu! Masih tak sangka, sekarang saya ada 2 status sebagai pelajar sepenuh masa di 2 universiti berlainan. Tidak menyabar ya ingin sambung Master Degree. 25 Jun 2018, hari pertama kelas sebagai mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia (Kepujian). Jika diikutkan takwim akademik Degree, tamat semester akhir ini pada 30 Jun 2022. Keputusan pointer semester akhir pun belum keluar tapi saya sudah di sini. UKM, bakal jadi tempat jatuh bangun yang baru.
2018 hingga 2022 untuk Degree, merasa lah 2 tahun belajar secara bersemuka dan 2 tahun atas talian. 2 tahun terakhir yang agak mencabar pada saya dan membuatkan "Online Fatigue" sebenarnya. Rakan sekelas yang banyak membantu untuk terus kuat, Alhamdulillah sampai juga kita ke penghujung. Sejujurnya sebahagian dari jiwa saya mengharapkan kelas untuk Master ini secara bersemuka, tapi nampaknya masih atas talian.. okay je Insya Allah. Apa pun, saya harap saya berjaya jumpa rakan untuk lalu Master ini bersama. |
Archives |